Sunday, January 4, 2009

Kisah orang yang tiada emel

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan �Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.� Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya� Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya�. Setelah bersetuju� Penjual insuran berkata.. �Minta email Puan�� �Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email� jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata �Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.� Wanita itu menjawab: �Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya�

ASAL-USUL ELETRIK + GAMBAR

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya� . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

�Ele..trick aje tu� ele..trick aje� ele trick!�. ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa �ele..trick� . Jadi digunakanlah perkataan �ELE..TRICK� yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang..HAHHA..ASAL-USUL..

Friday, January 2, 2009

Teka-Teki

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!
Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? Teka.. teka.. kalo terer! Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!
Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer! Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam. Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan. Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani
Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Cara nak Bunuh suami atau pakwe.